Info Arowana


Jenis-Jenis Ikan Arowana.....



Malaysian Golden Arowana



Malaysia Golden Highback


Malaysia Golden Crossback 24k






Malaysia Golden Head Crossback Golden Base 

Malaysia Golden Crossback Blue Base




Indonesia Arowana

Indonesia Chili Red Arowana




Indonesia Blood Red Arowana





Indonesia Super Red Arowana



Indonesia Red Tail Arowana (RTG)


Indonesia Banjar Red



Other Arowana


Nami Green Arowana






Pearl Arowana



Pearl Jardini Arowana



Silver Arowana


Yellow Tail Arowana


Green Arowana

*Sumber gambar dari Google



Mengenali Jantina Ikan Arowana.....


            Ikan arowana atau lebih dikenali sebagai ikan kelisa merupakan antara ikan hiasan eksotik air tawar yang istimewa dan bernilai tinggi. Secara umumnya, ternakan ikan ini bermula sejak 40 tahun lalu oleh pengusaha ikan hiasan dari Bukit Merah (BM). Namun, ikan arowana mengalami kepupusan di habitat asal berpunca daripada penangkapan yang berleluasa sekitar tahun 1970-an. Bagi menggelakkan perkara tersebut berterusan, Arowana diletakkan sebagai ikan kawalan di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) sama ada bagai tujuan eksport mahupun import. Dalam pada itu, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan ikan arowana ini tidak mengalami kepupusan. Ini berlaku kerana ikan arowana adalah di antara spesies yang sukar untuk dikenalpasti jantina kerana memiliki bentuk badan yang hampir sama diantara jantan dan betina terutama pada peringkat juvenil. Kajian tersebut bermula apabila timbul permasalahan dari penternak untuk mengetahui  jantina ikan arowana emas yg bersaiz 8 hingga 10 sentimeter. Jabatan perikanan dan bahagian penyelidikan  perikanan air tawar Glami Lemi telah mengambil langkah proaktif menjalakan kajian tersebut dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kepentingan mengetahui jantina ikan ini amat penting kerana ikan betina lebih bernilai daripada ikan jantan. Ikan betina dapat menghasilkan anak yg bernilai hamper suku juta jika pembiakan itu Berjaya. Selain itu, pengenalan jantina secara individu juga penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina untuk menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah biasa berpandukan kepada bentuk badan adalah kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Oleh itu, satu kaedah baharu melalui kaedah Biosensor Hormon sedang diusahakan menentukan jantina ikan arowana. Pada peringkat awal, kajian darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisi kandungan hormone pembiakkan (17B estradiol (E2) dan 11-ketestosteron (11KT) untuk melihat kadar kepekatan hormone. Jika kepekatan hormone 11KT lebih tinggi berbanding E2 maka ikan tersebut adalah jantan dan sebaliknya. Teknologi Biosensor pengesahan jantina ikan arowana dibangunkan daripada hasil kajian hormone dalam plama darah dengan kerjasama UKM. Tempat atau acuan Biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi  atau pun kandungan kimia dalam hormone pembiakan ikan arowana tersebut. Walaupun kit Biosensor berjaya dihasilkan tetapi ia masih menjalani proses percubaan. Kit ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas menjalankan program pembiakan dan pemasaran. Info daripada agrobiz (keluaran 25 Okt 2012)


Mengenali Ikan Arowana.....

Malaysia Golden (MG)
 Arowana atau juga dikenali sebagai aruanas atau arawanas merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga jenis “Osteoglossidae” yang terkenal dengan jolokan ikan lidah bertulang (bonytongue). Spesis ini mempunyai rangka kepala yang bertulang dan di sepanjang badannya terdapat susunan sisik seperti mosaic yang besar dan tersusun kemas. Bahagian belakang dan sirip belakang terdapat satu sinaran yang lembut dan panjang manakala bahagian sirip pectoral dan ventral agak kecil. Nama “bonytoungue” atau lidah bertulang itu diambil sempena tulang di bahagian giginya yang terletak di bahagian bawah lantai mulut di mana terdapat barisan gigi yang akan bertemu dengan gigi di bahagian atas mulut. Ikan arowanas ini memperolehi sumber oksigen dari udara yang disedut dari bahagian “Swim Bladder” di mana terdapat barisan kapilari seperti tisu peparu kita.

Ikan Arowana ini sebenarnya adalah sejenis ikan primitif dari lower Tertiary dan diletakkan di bawah actinopterygiid order Osteoglossiformes. Terdapat 10 jenis tertakluk di bawah spesis ini di mana 3 jenis datangnya dari Amerika Selatan, 1 dari afrika, 4 jenis dari Asia dan selebihnya 2 jenis lagi dari Australia.

Ikan Arowana ini adalah pemaging (karnivor) yang terkenal dengan kemahiran mencari makanan di permukaan air. Arowana ini boleh melompat lebih 6 kaki dari permukaan air untuk memakan serangga dan burung yang bergayutan di dahan pohon di Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai “Monyet air”. Pernah direkodkan bahawa mangsa terbesar berjaya dimakan oleh Arowana adalah kelawar dan burung kecil yang terbang rendah di bahagian permukaan air.

Beberapa jenis spesis osteoglossid menunjukkan sikap yang agak ekstensive dalam penjagaan anak anak ikan arowana. Mereka membina sarang dan melindungi anak anak ikan yang baru menetas. Ada juga beberapa spesis yang melindungi telur telur ikan di dalam mulut. Anak anak ikan ini pula selalunya akan keluar masuk dari mulut ikan arowana dewasa untuk menyiasat keadaan persekitaran sebelum berani meninggalkan tempat tinggal di dalam mulut ikan Arowana dewasa buat selama lamanya.

Jika diperhatikan sikap Arowana di dalam akuarium, mereka biasanya bergerak secara berkumpulan, kira kira 5 hingga 8 ekor dan mereka ini agak dominance dan aggresif jika bercampur dgn spesis ikan yang lain. Beberapa jenis ikan yang boleh bercampur gaul dengan ikan Arowana adalah seperti “clown knifefish, Pacu, Oscar, plecostomus, jaguar cichlids, green terrors, gar" dan jenis-jenis ikan yang semi-aggresif yang tentunya bersaiz besar (lebih besar dari saiz mulut ikan Arowana). Untuk pengetahuan, ikan Arowana  spesis dari Australia hanya boleh diletakkan berasingan di dalam akuarium.


*Sumber gambar dari Google


Keistimewaan Ikan Arowana.....


Chili Red Arowana - Indonesia
Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa bangsa yang lain, Arowana atau lebih popular dengan nama “Ikan Naga” adalah simbul kepada tuah, kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Mereka percaya “Ikan Naga” mempunyai kaitan dengan kewujudan ketuanan Naga terutamanya jika sisik Arowana tersebut bersaiz besar serta bentuk badannya menyerupai naga. Bagi masyarakat cina terutamanya dibahagian selatan, Arowana juga dikaitkan dengan Feng Shui dalam membawa tuah. Mereka percaya bahawa Arowana jenis "Red Arowana" mempunyai keupayaan untuk menilai seseorang samada musuh ataupun kawan. Jadi mereka beranggapan bahawa jika Arowana di dalam akuarium menunjukkan sikap yang aggresif semasa tetamu berkunjung ke rumah, ia menunjukkan tetamu tersebut adalah musuh sebenarnya manakala jika Arowana tenang, ia menunjukkan tetamu yg datang adalah sahabat. Dari perspektif bidang perniagaan, mereka percaya dengan membela ikan Arowana mampu mempertahankan dan memperluaskan empayar perniagaan malahan membawa masuk keuntungan kepada syarikat. Kesimpulannya, antara punca punca Arowana istimewa di mata manusia adalah:

1. Arowana adalah penjelmaan naga (dongeng)
2. Membawa kesihatan, kegembiraan dan tuah
3. Mengusir semangat2 yang jahat
4. Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
5. Membawa kepada kejayaan dalam bidang perniagaan
6. Mampu menilai atau menjangka seseorang dalam membuat sesuatu hubungan dalam urusan perniagaan.

Sebagai umat Islam kita hanya memelihara ikan arowana ini sebagai hobi dan mengisi masa lapang. Disamping itu,kita juga dapat mengeratkan 
silaturahim antara pengemar-pengemar ikan arowana ini di kala bertemu sesama sendiri. Jika dilihat dari sudut ekonomi ikan ini boleh menjana keuntungan bagi penjual-penjual kerana ikan ini mempunyai nilai harga yang agak tinggi daripada haiwan peliharaan yang lain. Dengan adanya penjual serta pengemar-pengemar ikan ini makan sistem ekonomi negara kita secara tidak langsung dapat terus dikembangkan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh farm yang berkualiti tinggi juga dapat dijual ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, China serta dari negara Eropah. Dengan kualiti yang baik memyebabkan pengeluaran ikan arowana ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara luar.

*Sumber gambar dari Google

Permulaan memelihara Ikan Arowana.....


Sebelum anda terjebak ke lembah hobi ini, anda perlu berfikir sejenak dan tanya diri anda :-

1. Anda ada masa ?
2. Adakah anda boleh bersabar dan sangat minat dengan ikan Arowana ?
3. Ada bantahan dari ahli keluarga ?
4. Mempunyai kewangan yang kukuh ?

Fikirkan sejenak dan buatlah keputusan anda dan janganlah anda membuat keputusan secara terburu buru. Jika tidak besar kemungkinannya anda akan melakukan hobi ini separuh jalan saja. Jika anda mahu juga meneruskan hobi ini yang penuh cabaran menarik, sila ikut langkah-langkah seperti berikut :-


Langkah 1

Cari akuarium yang sesuai. Saya cadangkan anda dapatkan saiz 4ft x 2ft x 2ft. Jika bajet anda terhad, anda boleh cari akuarium secondhand yang ada cover tyop (wood cabinet) atau pun boleh juga mengunakkan akuarium bersaiz kecil 2ft x 1ft x 1ft (bergantung pada bajet anda sendiri). Saya juga pada awalnya menggunakan akuarium saiz yang kecil... tetapi perlu diingat yang paling penting ikan yang bakal anda beli mestilah bersesuaian dengan saiz akuarium anda. Saiz ikan 3-6 inci masih boleh digunakkan akuarium bersaiz kecil. Jika ikan anda saiz melebihi 7inci disarankan menggunakan akaurium yang lebih besar bagi memastikan keselesaan pergerakan ikan arowana anda.

Langkah 2
Dapatkan penapis air. Jika mampu dapatkan yang dari jenis "external canister filtration system". Kerana penapis air dari jenis ini mudah untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan. Tapi jika tak mampu, anda boleh cari "overhead filtration system " tapi bersedialah untuk kerja-kerja penyelegaraan setiap hujung minggu. Ini kerana air ikan arowana perlu dijaga dengan rapi supaya ikan akan kekal sihat dan aktif tapi dijangkiti sebarang penyakit.

Langkah 3
Untuk mengisi air akuarium, pastikan tak lebih 80% daripada ketinggian akuarium. Hidupkan filter system anda dan masukkan anti-klorin mengikut dos-dos yang diarahkan dan juga cecair bakteria yang baik. Ada 2 cara untuk pastikan kandungan air akuarium mengandungi bakteria yang baik atau tidak. Pertamanya, dengan cara meletakkan cecair ammonia, 10 titik selama 7 hari dan anda perlu periksa kandungan ammonia setiap ahri. Anda akan dapati bahwa kandungan ammnonia akan meningkat secara perlahan-lahan dan selepas itu jatuh sehingga paras sifar. Itu menunjukkan bahawa Nitrosomanas bacteria sudah wujud. Ia menunjukkan paras nitrit adalah normal. Cara kedua adalah cara yang selalu di lakukan dengan menggunakan hidupan ikan. Anda perlu beli ikan yang murah untuk menghasilkan urine dan seterusnya menghasilkan ammonia. namun begitu teknik ini mengambil masa yang agak lama. Tujuannya adalah sama iaitu mempastikan tahap ammonia dan nnitrit adalah sifar.

Langkah 4
Anda boleh mulakan pengembaraan anda mencari ikan Arowana kegemaran anda. Suka saya cadangkan jika anda baru berjinak-jinak dengan hobi ini serta inginkan kepuasan, bagi saya ada baiknya korang mulakan dari jenis Highback Golden kerana faktor harganya taklah terlalu mahal sangat di pasaran sekarang dan jangan lah risau sangat, ikan Arowana sebenarnya ikan yang tahan lasak juga.




Gambar  Hiasan


Gambar Hiasan

 
*Sumber gambar dari Google 







8 comments:

  1. Kalau telur bape harga jual??

    ReplyDelete
  2. dimana nk beli cecair ammonia ni?

    ReplyDelete
  3. dimana nk beli cecair ammonia ni?

    ReplyDelete
  4. Sy Baru beli golden High Back, Masih beginner dlm penjagaan Aro Ni.. TQ tipsnya, Moga ikan sy sihat & cpt membesar..

    ReplyDelete
  5. maaf abg harga ikan arowana mgbb terkini berapa ye?,

    ReplyDelete
  6. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete