Monday, November 26, 2012

Keistimeawaan Ikan Arowana




Chili Red Arowana - Indonesia
Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa bangsa yang lain, Arowana atau lebih popular dengan nama “Ikan Naga” adalah simbul kepada tuah, kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Mereka percaya “Ikan Naga” mempunyai kaitan dengan kewujudan ketuanan Naga terutamanya jika sisik Arowana tersebut bersaiz besar serta bentuk badannya menyerupai naga. Bagi masyarakat cina terutamanya dibahagian selatan, Arowana juga dikaitkan dengan Feng Shui dalam membawa tuah. Mereka percaya bahawa Arowana jenis "Red Arowana" mempunyai keupayaan untuk menilai seseorang samada musuh ataupun kawan. Jadi mereka beranggapan bahawa jika Arowana di dalam akuarium menunjukkan sikap yang aggresif semasa tetamu berkunjung ke rumah, ia menunjukkan tetamu tersebut adalah musuh sebenarnya manakala jika Arowana tenang, ia menunjukkan tetamu yg datang adalah sahabat. Dari perspektif bidang perniagaan, mereka percaya dengan membela ikan Arowana mampu mempertahankan dan memperluaskan empayar perniagaan malahan membawa masuk keuntungan kepada syarikat. Kesimpulannya, antara punca punca Arowana istimewa di mata manusia adalah:

1. Arowana adalah penjelmaan naga (dongeng)
2. Membawa kesihatan, kegembiraan dan tuah
3. Mengusir semangat2 yang jahat
4. Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
5. Membawa kepada kejayaan dalam bidang perniagaan
6. Mampu menilai atau menjangka seseorang dalam membuat sesuatu hubungan dalam urusan perniagaan.

Sebagai umat Islam kita hanya memelihara ikan arowana ini sebagai hobi dan mengisi masa lapang. Disamping itu,kita juga dapat mengeratkan 
silaturahim antara pengemar-pengemar ikan arowana ini di kala bertemu sesama sendiri. Jika dilihat dari sudut ekonomi ikan ini boleh menjana keuntungan bagi penjual-penjual kerana ikan ini mempunyai nilai harga yang agak tinggi daripada haiwan peliharaan yang lain. Dengan adanya penjual serta pengemar-pengemar ikan ini makan sistem ekonomi negara kita secara tidak langsung dapat terus dikembangkan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh farm yang berkualiti tinggi juga dapat dijual ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, China serta dari negara Eropah. Dengan kualiti yang baik memyebabkan pengeluaran ikan arowana ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara luar.


*Sumber gambar dari Google

No comments:

Post a Comment