Wednesday, November 21, 2012

Mengenali Ikan Arowana


Mengenali Ikan Arowana

Malaysia Golden (MG)
 Arowana atau juga dikenali sebagai aruanas atau arawanas merupakan sejenis ikan air tawar dari keluarga jenis “Osteoglossidae” yang terkenal dengan jolokan ikan lidah bertulang (bonytongue). Spesis ini mempunyai rangka kepala yang bertulang dan di sepanjang badannya terdapat susunan sisik seperti mosaic yang besar dan tersusun kemas. Bahagian belakang dan sirip belakang terdapat satu sinaran yang lembut dan panjang manakala bahagian sirip pectoral dan ventral agak kecil. Nama “bonytoungue” atau lidah bertulang itu diambil sempena tulang di bahagian giginya yang terletak di bahagian bawah lantai mulut di mana terdapat barisan gigi yang akan bertemu dengan gigi di bahagian atas mulut. Ikan arowanas ini memperolehi sumber oksigen dari udara yang disedut dari bahagian “Swim Bladder” di mana terdapat barisan kapilari seperti tisu peparu kita.

Ikan Arowana ini sebenarnya adalah sejenis ikan primitif dari lower Tertiary dan diletakkan di bawah actinopterygiid order Osteoglossiformes. Terdapat 10 jenis tertakluk di bawah spesis ini di mana 3 jenis datangnya dari Amerika Selatan, 1 dari afrika, 4 jenis dari Asia dan selebihnya 2 jenis lagi dari Australia.

Ikan Arowana ini adalah pemaging (karnivor) yang terkenal dengan kemahiran mencari makanan di permukaan air. Arowana ini boleh melompat lebih 6 kaki dari permukaan air untuk memakan serangga dan burung yang bergayutan di dahan pohon di Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai “Monyet air”. Pernah direkodkan bahawa mangsa terbesar berjaya dimakan oleh Arowana adalah kelawar dan burung kecil yang terbang rendah di bahagian permukaan air.

Beberapa jenis spesis osteoglossid menunjukkan sikap yang agak ekstensive dalam penjagaan anak anak ikan arowana. Mereka membina sarang dan melindungi anak anak ikan yang baru menetas. Ada juga beberapa spesis yang melindungi telur telur ikan di dalam mulut. Anak anak ikan ini pula selalunya akan keluar masuk dari mulut ikan arowana dewasa untuk menyiasat keadaan persekitaran sebelum berani meninggalkan tempat tinggal di dalam mulut ikan Arowana dewasa buat selama lamanya.

Jika diperhatikan sikap Arowana di dalam akuarium, mereka biasanya bergerak secara berkumpulan, kira kira 5 hingga 8 ekor dan mereka ini agak dominance dan aggresif jika bercampur dgn spesis ikan yang lain. Beberapa jenis ikan yang boleh bercampur gaul dengan ikan Arowana adalah seperti “clown knifefish, Pacu, Oscar, plecostomus, jaguar cichlids, green terrors, gar" dan jenis-jenis ikan yang semi-aggresif yang tentunya bersaiz besar (lebih besar dari saiz mulut ikan Arowana). Untuk pengetahuan, ikan Arowana  spesis dari Australia hanya boleh diletakkan berasingan di dalam akuarium.


*Sumber gambar dari Google

No comments:

Post a Comment