Wednesday, December 19, 2012

Antara Jenis - Jenis Ikan Arowana


Jenis-Jenis Ikan Arowana.....



Malaysian Golden Arowana


Malaysia Golden Highback

Malaysia Golden Crossback 24k


Malaysia Golden Head Crossback Golden Base 

Malaysia Golden Crossback Blue Base




Indonesia Arowana

Indonesia Chili Red Arowana

Indonesia Blood Red Arowana



Indonesia Super Red Arowana




Indonesia Red Tail Arowana (RTG)

Indonesia Banjar Red



Other Arowana

Nami Green Arowana





Pearl Arowana




Pearl Jardini Arowana



Silver Arowana

Yellow Tail Arowana

Green Arowana



*Sumber gambar dari Google

Wednesday, December 12, 2012

Mengenali Jantina Ikan Arowana


Mengenali Jantina Ikan Arowana.....


            Ikan arowana atau lebih dikenali sebagai ikan kelisa merupakan antara ikan hiasan eksotik air tawar yang istimewa dan bernilai tinggi. Secara umumnya, ternakan ikan ini bermula sejak 40 tahun lalu oleh pengusaha ikan hiasan dari Bukit Merah (BM). Namun, ikan arowana mengalami kepupusan di habitat asal berpunca daripada penangkapan yang berleluasa sekitar tahun 1970-an. Bagi menggelakkan perkara tersebut berterusan, Arowana diletakkan sebagai ikan kawalan di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) sama ada bagai tujuan eksport mahupun import. Dalam pada itu, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan ikan arowana ini tidak mengalami kepupusan. Ini berlaku kerana ikan arowana adalah di antara spesies yang sukar untuk dikenalpasti jantina kerana memiliki bentuk badan yang hampir sama diantara jantan dan betina terutama pada peringkat juvenil. Kajian tersebut bermula apabila timbul permasalahan dari penternak untuk mengetahui  jantina ikan arowana emas yg bersaiz 8 hingga 10 sentimeter. Jabatan perikanan dan bahagian penyelidikan  perikanan air tawar Glami Lemi telah mengambil langkah proaktif menjalakan kajian tersebut dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
         
              Kepentingan mengetahui jantina ikan ini amat penting kerana ikan betina lebih bernilai daripada ikan jantan. Ikan betina dapat menghasilkan anak yg bernilai hamper suku juta jika pembiakan itu Berjaya. Selain itu, pengenalan jantina secara individu juga penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina untuk menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah biasa berpandukan kepada bentuk badan adalah kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Oleh itu, satu kaedah baharu melalui kaedah Biosensor Hormon sedang diusahakan menentukan jantina ikan arowana. Pada peringkat awal, kajian darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisi kandungan hormone pembiakkan (17B estradiol (E2) dan 11-ketestosteron (11KT) untuk melihat kadar kepekatan hormone. Jika kepekatan hormone 11KT lebih tinggi berbanding E2 maka ikan tersebut adalah jantan dan sebaliknya. Teknologi Biosensor pengesahan jantina ikan arowana dibangunkan daripada hasil kajian hormone dalam plama darah dengan kerjasama UKM. Tempat atau acuan Biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi  atau pun kandungan kimia dalam hormone pembiakan ikan arowana tersebut. Walaupun kit Biosensor berjaya dihasilkan tetapi ia masih menjalani proses percubaan. Kit ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas menjalankan program pembiakan dan pemasaran. Info daripada agrobiz (keluaran 25 Okt 2012)

*Sumber gambar dari Google

Monday, December 10, 2012

Permulaan memelihara Ikan Arowana


Permulaan memelihara Ikan Arowana.....

Sebelum anda terjebak ke lembah hobi ini, anda perlu berfikir sejenak dan tanya diri anda :-

1. Anda ada masa ?
2. Adakah anda boleh bersabar dan sangat minat dengan ikan Arowana ?
3. Ada bantahan dari ahli keluarga ?
4. Mempunyai kewangan yang kukuh ?

Fikirkan sejenak dan buatlah keputusan anda dan janganlah anda membuat keputusan secara terburu buru. Jika tidak besar kemungkinannya anda akan melakukan hobi ini separuh jalan saja. Jika anda mahu juga meneruskan hobi ini yang penuh cabaran menarik, sila ikut langkah-langkah seperti berikut :-


Langkah 1

Cari akuarium yang sesuai. Saya cadangkan anda dapatkan saiz 4ft x 2ft x 2ft. Jika bajet anda terhad, anda boleh cari akuarium secondhand yang ada cover tyop (wood cabinet) atau pun boleh juga mengunakkan akuarium bersaiz kecil 2ft x 1ft x 1ft (bergantung pada bajet anda sendiri). Saya juga pada awalnya menggunakan akuarium saiz yang kecil... tetapi perlu diingat yang paling penting ikan yang bakal anda beli mestilah bersesuaian dengan saiz akuarium anda. Saiz ikan 3-6 inci masih boleh digunakkan akuarium bersaiz kecil. Jika ikan anda saiz melebihi 7inci disarankan menggunakan akaurium yang lebih besar bagi memastikan keselesaan pergerakan ikan arowana anda.

Langkah 2
Dapatkan penapis air. Jika mampu dapatkan yang dari jenis "external canister filtration system". Kerana penapis air dari jenis ini mudah untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan. Tapi jika tak mampu, anda boleh cari "overhead filtration system " tapi bersedialah untuk kerja-kerja penyelegaraan setiap hujung minggu. Ini kerana air ikan arowana perlu dijaga dengan rapi supaya ikan akan kekal sihat dan aktif tapi dijangkiti sebarang penyakit.

Langkah 3
Untuk mengisi air akuarium, pastikan tak lebih 80% daripada ketinggian akuarium. Hidupkan filter system anda dan masukkan anti-klorin mengikut dos-dos yang diarahkan dan juga cecair bakteria yang baik. Ada 2 cara untuk pastikan kandungan air akuarium mengandungi bakteria yang baik atau tidak. Pertamanya, dengan cara meletakkan cecair ammonia, 10 titik selama 7 hari dan anda perlu periksa kandungan ammonia setiap ahri. Anda akan dapati bahwa kandungan ammnonia akan meningkat secara perlahan-lahan dan selepas itu jatuh sehingga paras sifar. Itu menunjukkan bahawa Nitrosomanas bacteria sudah wujud. Ia menunjukkan paras nitrit adalah normal. Cara kedua adalah cara yang selalu di lakukan dengan menggunakan hidupan ikan. Anda perlu beli ikan yang murah untuk menghasilkan urine dan seterusnya menghasilkan ammonia. namun begitu teknik ini mengambil masa yang agak lama. Tujuannya adalah sama iaitu mempastikan tahap ammonia dan nnitrit adalah sifar.

Langkah 4
Anda boleh mulakan pengembaraan anda mencari ikan Arowana kegemaran anda. Suka saya cadangkan jika anda baru berjinak-jinak dengan hobi ini serta inginkan kepuasan, bagi saya ada baiknya korang mulakan dari jenis Highback Golden kerana faktor harganya taklah terlalu mahal sangat di pasaran sekarang dan jangan lah risau sangat, ikan Arowana sebenarnya ikan yang tahan lasak juga.




Gambar  Hiasan


Gambar Hiasan




*Sumber gambar dari Google