Wednesday, December 12, 2012

Mengenali Jantina Ikan Arowana


Mengenali Jantina Ikan Arowana.....


            Ikan arowana atau lebih dikenali sebagai ikan kelisa merupakan antara ikan hiasan eksotik air tawar yang istimewa dan bernilai tinggi. Secara umumnya, ternakan ikan ini bermula sejak 40 tahun lalu oleh pengusaha ikan hiasan dari Bukit Merah (BM). Namun, ikan arowana mengalami kepupusan di habitat asal berpunca daripada penangkapan yang berleluasa sekitar tahun 1970-an. Bagi menggelakkan perkara tersebut berterusan, Arowana diletakkan sebagai ikan kawalan di bawah Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) sama ada bagai tujuan eksport mahupun import. Dalam pada itu, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan ikan arowana ini tidak mengalami kepupusan. Ini berlaku kerana ikan arowana adalah di antara spesies yang sukar untuk dikenalpasti jantina kerana memiliki bentuk badan yang hampir sama diantara jantan dan betina terutama pada peringkat juvenil. Kajian tersebut bermula apabila timbul permasalahan dari penternak untuk mengetahui  jantina ikan arowana emas yg bersaiz 8 hingga 10 sentimeter. Jabatan perikanan dan bahagian penyelidikan  perikanan air tawar Glami Lemi telah mengambil langkah proaktif menjalakan kajian tersebut dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
         
              Kepentingan mengetahui jantina ikan ini amat penting kerana ikan betina lebih bernilai daripada ikan jantan. Ikan betina dapat menghasilkan anak yg bernilai hamper suku juta jika pembiakan itu Berjaya. Selain itu, pengenalan jantina secara individu juga penting bagi mengekalkan nisbah jantan dan betina untuk menghasilkan bilangan anak ikan yang mencukupi dan berkualiti. Kaedah biasa berpandukan kepada bentuk badan adalah kurang tepat dan tidak boleh dipraktikkan pada peringkat juvenil. Oleh itu, satu kaedah baharu melalui kaedah Biosensor Hormon sedang diusahakan menentukan jantina ikan arowana. Pada peringkat awal, kajian darah daripada ikan arowana diambil dan dianalisi kandungan hormone pembiakkan (17B estradiol (E2) dan 11-ketestosteron (11KT) untuk melihat kadar kepekatan hormone. Jika kepekatan hormone 11KT lebih tinggi berbanding E2 maka ikan tersebut adalah jantan dan sebaliknya. Teknologi Biosensor pengesahan jantina ikan arowana dibangunkan daripada hasil kajian hormone dalam plama darah dengan kerjasama UKM. Tempat atau acuan Biosensor ini dicipta untuk mengesan antibodi  atau pun kandungan kimia dalam hormone pembiakan ikan arowana tersebut. Walaupun kit Biosensor berjaya dihasilkan tetapi ia masih menjalani proses percubaan. Kit ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ikan Arowana Emas menjalankan program pembiakan dan pemasaran. Info daripada agrobiz (keluaran 25 Okt 2012)

*Sumber gambar dari Google

1 comment:

  1. sebagai rakyat malaysia saya rasa bangga'
    kerana malaysia pengeluaran ikan arowana yang utama di dunia....syabas kepada pemasaran malaysia

    ReplyDelete